Friday, July 1, 2011

Orang Banting Serius

Orang Banting memang serius dalam melakukan sesuatu. bak kata pepatah kalau belajar, belajar betol-betol, kalau main, main betol-betol. Termasuklah penjenayah banting, mereka betol-betol serius dengan jenayah mereka seperti kes sosilawati dan terbaru seperti di bawah.


456 kenderaan bernilai RM49 juta terlepas diseludup ke luar negara,
Diikrar sebagai perabot ketika mengisi borang Kastam, sebanyak 456 kenderaan curi bernilai RM49 juta dipercayai terlepas ke luar negara dengan menggunakan 114 kontena menerusi Pelabuhan Klang di sini, sejak sindiket terbabit beroperasi Jun tahun lalu.
Hasil siasatan awal itu diperoleh selepas polis menumpaskan satu sindiket mencuri kereta sejak dua tahun lalu berikutan penemuan 98 kereta bernilai RM8 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting di sini, 4 petang kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata empat lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun yang menjadi orang tengah ditahan bagi membantu siasatan selepas melakukan intipan di gudang berkenaan sejak tiga minggu lalu.

Menamakan sindiket terbabit sebagai Sindiket Black Water, beliau berkata, polis masih memburu ketua sindiket yang sudah dikenal pasti dan ahli lain yang masih bebas.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta curi itu akan dihantar ke Hong Kong, Thailand, Dubai dan Cyprus dengan penghantaran terakhir 25 kereta Honda City ke Cyprus melalui Israel dilakukan pada 24 Jun lalu.

“Modus operandi sindiket ini ialah mendapatkan kenderaan curi daripada orang tengah dan mengumpul kenderaan itu di sebuah gudang sebelum membuat penghantaran melalui Pelabuhan Klang.
“Sindiket itu kemudian mengisytiharkannya sebagai barangan perabot dalam borang Kastam (K2) dan menyatakan kuantiti barangan yang hendak dieksport saja,” katanya, semalam.
-PETIKAN DARI BERITA HARIAN.







 Macam garaj kereta Sultan Brunei tak?


Meraka melakukan jenayah yang melibatkan jutaan ringgit, tidak seperti kes rasuah penolong gabenor RM100ribu. Alahai.. 100ribu?kena tangkap pastu kena gari kat mahkamah pasal RM100ribu? hukuman lebih kurang je kot. buat malu je.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...