Sunday, November 28, 2010

first post

aku pun tak pasti tujuan sebenar aku buat blog. mungkin kerana ini adalah tuntutan budaya masa kini? kerana soalan biasa bila seseorang itu berjumpa.tak kiralah baru kenal or dah lama tak jumpa dan sebagainya.
contoh ketika aku berjumpa seseorang masa on the way balik rumah. masa tu kt traffic light. aku pun tak faham kenapa mesti berborak kat tengah2 jalan?ah..biasalah tu. typical Malaysian.
seseorang : eh! kau? (muka teruja)
aku : ye aku! (pura2 teruja)
seseorang : ko ada fb?blog?twitter?
aku : ada2 kau bagi mail nanti aku add (dengan nada angkuh kerana aku ada semua tu,walaupun aku jarang update).
seseorang : kau nak pergi mana?
aku : balik rumahlah bro(nampak stylokan guna "bro").
seseorang : owh..lama tak nampak.ingat dah mati.( konon nak gurau2 mesra. kalau aku mati betul menangis kau)
aku : aku ada je kat sini. kau je tak nampak kot. eh..lampu dah hijau tu..( sambil pura2 masuk gear)
seseorang : okey jumpa kt FB..( dan dia pun jalan tanpa tengok, hakikatnya lampu isyarat itu masih merah. aku tipu sebab malas nk borak dengan dia. Matilah kau! lampu isyarat tu ada camera!. tapi tak pernah ada yang kena saman kat situ.biasalah tu.wayang je benda tu.nak takut2kan orang )

Moral of the story : sekarang ni aku dah ada blog.tu je yang ak nak sampaikan sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...