Tuesday, December 21, 2010

GARAJ KERETA

10minit yang telah berlalu. bapa aku bertanya kepada aku.
adakah patut dia membina garaj kereta?
dia bertanyakan pendapat aku.
bagi aku tak perlulah nak buat garaj-garaj ni kalau kereta setakat berapa bijik je. letak je lah kat mana-mana pun.
aku rasa hairan dan terkilan sebab bapa aku, sanggunp membelanjakan wang ringgit beliau hanya kerana kereta-kereta seperti gambar rajah 13.a di bawah.

















gambar rajah 13.a

macam tak perlu sangat kan?
aku bangkang sekeras-kerasnya nak buatkan garaj untuk kereta-kereta yang tak seberapa ni.
serius..

Sunday, December 12, 2010

Lagenda Budak Setan

Siapa pernah tengok atau lebuh tepat lagi menonton cerita lagenda budak setan ( LBS )?
kalau pernah angkat tangan.

aku pernah tengok cerita ni. aku bukanlah jiwang sangat nak. aku layan sebab Lisa Surihani. serius aku tak menangis tengok cerita ni. kot.

kawan aku tasek siap boleh hafal skrip cerita ni. sebagai contoh ketika farid hamil sedang berborak dengan pak cik kat kampung yang dia buat research, skripnya berbunyi " mana yang boleh pak cik bantu, pakcik bantu ". sampai benda tu pun dia hafal. pe kejadah dia hafal benda tu pun aku masih tak pasti

jap. aku terlupa. korang dah boleh turunkan tangan.

dalam cerita tu kasyah selalunya bawa dia punya DSLR. sekarang trend kan bawa natang tu? and ramai yang beli natang tu.

aku rasa macam nak beli 1 la.
tapi aku tak rasa aku ada bakat?
ramai je budak-budak yang bawa DSLR ke hulu hilir tapi capture gambar macam sampah sarap?
haha.

disebabkan itu aku terpikir. haruskah aku beli?
 tak payah kot. sebab aku adalah seorang yang photogenic,
jadi. biarlah orang capture gambar aku.
haha.
aku baru sedar aku photogenic pagi ni.

serius aku tak mintak korang komen kenyataan yang aku ni photogenic.

Tuesday, December 7, 2010

Lisa Surihani

Mesti korang semua kenal dengan lisa kn?. siapa yang kenal mesti jealous dengar cerita aku, sebab semalam aku dan dia bersiar-siar dan menghabiskan masa berharga besama. korang mesti tak percayakan? di sini aku sertakan buktinya, buktinya lihat gambar di bawah.










ketika gambar ini diambil photographer terlupa untuk membuka lense kameranya
 
 aku dah cuba edit pakai adobe photoshop tapi tetap tak berjaya
tapi ianya tetap satu bukti yang kukuh kan? kan?
tolong percaya, please.

Sunday, December 5, 2010

IQ test

dalam banyak-banyak duit syiling, duit syiling apa yang paling gelap kat dunia ni?
korang rasa-rasa syiling mana?









jawapanya

50 cent!
hahahahaha

aku tulis blog ni pukul 4pagi lepas kalah main game, mouse rosak bukan aku tak hebat.
jangan salahkan aku kalau aku mengarut sebab aku separuh sedar dan tersentak selepas kekalahan yang memalukan.

Wednesday, December 1, 2010

TEKA - TEKI *ejaan dia ada dash or tak?

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa boleh petik buah?
mesti korang terpikir binatang atas ni kan? that means IQ korang adalah averange. ya dia boleh petik buah dan sekarang dia juga boleh menunggang motosikal.

kalau orang genius macam aku, yang akan thinking outside the box akan jawab
 UDANG GALAH.
korang pun tau kenapa.
serius aku lapar. tak tipu. sumpah..

Sunday, November 28, 2010

first post

aku pun tak pasti tujuan sebenar aku buat blog. mungkin kerana ini adalah tuntutan budaya masa kini? kerana soalan biasa bila seseorang itu berjumpa.tak kiralah baru kenal or dah lama tak jumpa dan sebagainya.
contoh ketika aku berjumpa seseorang masa on the way balik rumah. masa tu kt traffic light. aku pun tak faham kenapa mesti berborak kat tengah2 jalan?ah..biasalah tu. typical Malaysian.
seseorang : eh! kau? (muka teruja)
aku : ye aku! (pura2 teruja)
seseorang : ko ada fb?blog?twitter?
aku : ada2 kau bagi mail nanti aku add (dengan nada angkuh kerana aku ada semua tu,walaupun aku jarang update).
seseorang : kau nak pergi mana?
aku : balik rumahlah bro(nampak stylokan guna "bro").
seseorang : owh..lama tak nampak.ingat dah mati.( konon nak gurau2 mesra. kalau aku mati betul menangis kau)
aku : aku ada je kat sini. kau je tak nampak kot. eh..lampu dah hijau tu..( sambil pura2 masuk gear)
seseorang : okey jumpa kt FB..( dan dia pun jalan tanpa tengok, hakikatnya lampu isyarat itu masih merah. aku tipu sebab malas nk borak dengan dia. Matilah kau! lampu isyarat tu ada camera!. tapi tak pernah ada yang kena saman kat situ.biasalah tu.wayang je benda tu.nak takut2kan orang )

Moral of the story : sekarang ni aku dah ada blog.tu je yang ak nak sampaikan sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...