Saturday, March 26, 2011

earth hour!

Tadi tepat jam 2030 atau untuk orang biasa-biasa pukul 8.30malam.. kita sama-sama matikan lampu untuk menyambut earth hour. memperingati kepanasan global. ya..universiti aku pun dengan seronok sambut! padahal cut cost!haha. aku pun sambutlah jugak benda tu.matikan lampu jugak. tapi lampu study aku pasang gak. Korang jangan buat-buat confuse!.aku study bai!.sebenarnya aku sambut earth hour dengan artis. yup..heliza helmi. aku sempat capture beberapa gamba dengan dia.seperti yang dibawah.








 sweet tak kitorang ?
owh..aku lupa,gambar ini dicapture semasa earth hour berlangsung. memang sedikit gelap.


Polis itu hebat dengan kenderaan mereka.

Polis DiRaja Malaysia PDRM. memang tak lekeh.

Honda VFR800

Mitsubishi Lancer Evolution x
Kia Forte
And Last but not least, kenderaan kebanggan PDRM sendiri.


Perodua Kancil.

Thursday, March 24, 2011

Keliru itu confuse bukan confirm.

Ya. Aku keliru dan masih mencari-cari rentak tentang sesuatu. Aku masih tertanya-tanya.
mengapa?

ia dinamakan LIPSTICK?
sedangkan orang yang memakainya masih boleh menggerakkan bibir mereka?

Maaf aku mabuk selepas baca buku law dan terfikir benda-benda begini.

*STICK* yang aku maksudkan di sini adalah *PELEKAT*  dalam bahasa melayu.

Monday, March 14, 2011

Kawan Ah beng!


SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit.
Kata kedai 2 Ringgit


------------------------------------------------------


SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!


------------------------------------------------------


SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....


------------------------------------------------------


SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah


------------------------------------------------------


SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini"candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
------------------------------------------------------


SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang,
semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


------------------------------------------------------


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan
lebih baik lagi.


------------------------------------------------------


SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Thursday, March 10, 2011

How to get reward using facebook?

Korang tahu apa itu nuffnag? rujuk iklan sebelah kanan aku. itulah nuffnag. click2 and earn money.
yea..ini ada lagi satu berita baik.korang boleh buat camni even takde blog. cuma guna facebook je.
tryla..
click je link bawah ni untuk register.benda free kot. makanan disediakan.
click link below for registration and enjoy your reward.haha.
 Dapat reward senang2 je! Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Yang Bab makanan disediakan tu memang aku tipu. saje nak tarik minat korang, korang kan pantang dapat makan free. mesti nak bedal punya.haha

Tuesday, March 8, 2011

Berapa Geniuskah anda ?

jawab dengan segera tanpa menggunakan mesin kira (kalkulator) mahupun kertas dan pensil.
HANYA GUNA OTAK DAN MINDA KORANG.

soalan

1000 tambah dengan 40 tambah lagi 1000 tambah lagi 30 tambahkan lagi 1000 tambah lagi 20 tambah lagi 1000 dan tambahkan lagi 10 ?

jawapan?




5000 kan? korang salah, ya..korang bengap. 1 untuk aku 0 untuk korang.









jawapanya...4100. tak percaya?
kira guna kalkulator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...