Sunday, July 10, 2011

Bersih melayukan melayu.


9 Julai 2011. Perhimpunan Bersih 2.0 dan patriot. aku masih tak faham, kenapa perlu benda ni? sedangkan
selama ni kita living in peace and hormony. Kenapa mesti korang duduk dibawah telunjuk ambiga seorang penyokong tegar murtad dan menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Anwar seorang menyokong kuat pinjaman dari IMF untuk memulihkan ekonomi negara pada 1997, hakikatnya kalau kita meminjam dr IMF kita akan jadi seperti indonesia dan philipine, baru-baru ini greece yang terpaksa menggadai beberapa pulau miliknya.

Aku paham, darah muda dan korang berpelejaran tinggi, jangan mudah melatah orang cakap mana duit petronas? mana duit kerajaan? kerajaan corrupt? kerajaan tindas rakyat? harga barang naik? kenapa tak bagi subsidi? pernah pulak korang tengok rakyat malaysia perut kembung kulit menggelupas tak cukup zat makanan?, pernah tak korang seludup gula dan isi minyak dari thai and indonesia sebab harga gula and minyak kita mahal? kerajaan tolong bayar yuran 60% korang belajar kat universiti?pernah korang pikir? sebab masih tak cukup? korang tengok macamana somalia, haiti dan negara africa lainlah, diorang tak cukup makan minum sampai perut kembung. penah ke korang jadi pendatang kat indon sebab nak cari kerja kat sana? bahkan orang indonesia, bangladesh and nepal datang secara haram cari kerja sini sebab sini harmony dan banyak peluang untuk hidup. korang tak pernah terpikir nak isi minyak kat thailand dan seludup gula masuk malaysia bahkan koranglah yang seludup gula ke luar Malaysia. Nilah yang dikatakan kerajaan korup?yang selama ni bangunkan Malaysia? jangan jadi orang yang tak bersyukur. nanti nikmat ditarik.

Dalam senarai 10 orang terkaya kat Malaysia hanya ada berapa kerat je melayu? ni membuktikan melayu tak pegang ekonomi. ekonomi dah bukan melayu pegang jangan sampai politik pun melayu tak pegang. siapa nak tolong melayu nanti? we are friends but we making mistakes, if we solve the problem, everything will be fine.

Jangan tanya apa jasa negara pada korang, tanya apa jasa korang pada negara. John FK.


LAYU

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...