Friday, December 30, 2011

Auto-correction

 Siapa pengguna iPhone di sini angkat tangan.

Okey, jadi kamu tentu faham tahap sakit hati aku setiap kali bila menaip sms dalam Bahasa Malaysia bila menggunakan iPhone, kan?

Eh, lupa pula. Turunkanlah tangan tu.

benda ni terjaadi suatu ketika dulu. ya dulu-dulu. sekarang aku pakai public phone sahaja, baru ranggi.

Ha, bila menaip sms dalam Bahasa Malaysia, sistem auto-correction iPhone akan menukar perkataan Bahasa Malaysia yang ditaip kepada perkataan Bahasa Inggeris ejaan terdekat. Contohnya, perkataan 'kita', auto-correction akan tukarkan dengan selamba jadi 'kits', perkataan 'garit' jadi 'gator'. Cubalah, kalau tak percaya.

Baru-baru ini, aku mendapat khabar berita yang salah seorang bekas kekasih aku telah dikurniakan seorang anak. Ini bekas kekasih yang berpisah dengan aku dengan cara yang tak begitu aman. Malaslah cerita tentang cara berpisah. Nanti kamu (aku) nangis, susah.

Jadi aku dengan baik hatinya menghantar sms kepada dia. Aku taip 'Hey you. Anak sihat? :)' lalu terus tekan send. Tanpa aku sedari, si bodoh iPhone punya auto-correction telah meng'correct'kan ayat aku.

Jadi, sms yang bekas kekasih aku terima ialah, 'Hey you. Anal sihat? :)'

Tak payah tahulah dia reply apa.

sebenarnya aku tipu. aku takde ex-girlfriend pun.

Tuesday, September 6, 2011

awas ianya lucah

Aku jumpa gambar ni kat mudah. memang agak tak senonoh.
perhati betol-betol
jangan sampai muntah. memang mengerikan.


Monday, August 29, 2011

Pantun Raya dari the theather of dream aka old trafford.

MU lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,
Menandakan Raya sudah tiba.

Rooney hatrick Young dua,
Satu dari welbeck park nani,
Org muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri.

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat de Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi.

Saturday, August 27, 2011

Tips Mengelakkan Pencuri

tips-tips ini telah dicuba dan didapati sesuai bagi mereka yang akan meninggalkan rumah mereka untuk pulang ke kampung halaman semasa hari raya.


tempah sehelai bunting ataupun sediakan sekeping papan dan gantung di gate rumah anda dengan perkataan
1. RUMAH UNTUK DISEWA
2.RUMAH UNTUK DIJUAL
3.RUMAH INI TELAH DISITA
last but not least
4.AWAS RUMAH INI BERHANTU DAN BERPENUNGGU.


Semoga para pencuri tidak meletakkan rumah anda sebagai sasaran mereka.

Thursday, August 25, 2011

Fakta Menarik tentang diri kita.

1.Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2.Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati. 

3.Manusia normal tidak boleh menyentuh sikunya dengan menggunakan lidah.

4.Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 KM

5.Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 

6.Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

7.Hanya manusia yang tidak normal boleh menyentuh kesemua gigi mereka dengan lidah.

8.Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. 

9.Kebanyakkan orang yang membaca fakta ini akan mengguji fakta nombor 3 dan 7.

10.Fakta nombor 7 adalah auta jadi anda normal dan tak perlu risau.

Tuesday, August 23, 2011

Kad raya Lisa dan Aku

Sory kepada peminat-peminat gf aku Lisa Surihani. sebab tak menang tangan nk pos kad raya. so dia decide nk bagi secara digital camni je. Lotsa Love from lisa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...