Friday, December 30, 2011

Auto-correction

 Siapa pengguna iPhone di sini angkat tangan.

Okey, jadi kamu tentu faham tahap sakit hati aku setiap kali bila menaip sms dalam Bahasa Malaysia bila menggunakan iPhone, kan?

Eh, lupa pula. Turunkanlah tangan tu.

benda ni terjaadi suatu ketika dulu. ya dulu-dulu. sekarang aku pakai public phone sahaja, baru ranggi.

Ha, bila menaip sms dalam Bahasa Malaysia, sistem auto-correction iPhone akan menukar perkataan Bahasa Malaysia yang ditaip kepada perkataan Bahasa Inggeris ejaan terdekat. Contohnya, perkataan 'kita', auto-correction akan tukarkan dengan selamba jadi 'kits', perkataan 'garit' jadi 'gator'. Cubalah, kalau tak percaya.

Baru-baru ini, aku mendapat khabar berita yang salah seorang bekas kekasih aku telah dikurniakan seorang anak. Ini bekas kekasih yang berpisah dengan aku dengan cara yang tak begitu aman. Malaslah cerita tentang cara berpisah. Nanti kamu (aku) nangis, susah.

Jadi aku dengan baik hatinya menghantar sms kepada dia. Aku taip 'Hey you. Anak sihat? :)' lalu terus tekan send. Tanpa aku sedari, si bodoh iPhone punya auto-correction telah meng'correct'kan ayat aku.

Jadi, sms yang bekas kekasih aku terima ialah, 'Hey you. Anal sihat? :)'

Tak payah tahulah dia reply apa.

sebenarnya aku tipu. aku takde ex-girlfriend pun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...