Monday, April 4, 2011

Metal itu logam. Metel itu muzik.

Pukul 1100 semalam. aku berjalan dengan penuh dedikasi pergi ke kelas law. Dalam perjalanan kat belakang kolej tradewinds ada monyet.

ya betul monyet.

aku memperlahankan langkah sebab monyet tu macam nak terkam aku. bulu roma mula meremang bila monyet itu mula bersiul. aku tak pasti ketika monyet mengeluarkan bunyi dipanggil apa jadi aku gunakan bersiul kerana aku yakin bukan mengaum.aku pandang kiri tiba-tiba!, darn! ada amoi tengah pandang. kalau aku lari memang tak cool. aku berjalan dengan penuh bergaya tapi dalam hati (moi..ang taktaw aku ketaq dok lalu sebelah monyet ni.depa teqeam mampuih aku)

ya aku memang lancar cakap utara and orang utara pun cakap aku punya utara sangat pekat dan aku sangat terharu. kejadian ini berlaku masa aku sem1. Aku order kat sorang akak ni. "kak ayaq jagioq 1" dan dia cakap."amboi pekat betoi". aku pun jawab "biase-biase je" oh kantoi aku orang selangoq!.

Sorry, jauh aku tersasar. maafkan aku, aku alpa. kita sambung.

aku berjaya melepasi monyet-monyet buas dengan muka confident. selepas sampai di dewan kuliah. aku terus menuju ke toilet.  Sambil membuang isi-isi perut yang berlebihan dan dirasakan tiada gunanya lagi.aku pun buanglah! sambil-sambil tu aku baca luahan hati dan penulisan orang-orang ditandas dewan kuliah tu dan salah satu daripadanya ialah "hidup metel". aku berada di tandas UNIVERSITI. adakah betul apa yang aku baca?. PELAJAR UNIVERSITI eja METAL dengan METEL?. ya..aku tergelak-gelak sampai hilang feel membuang masa tu.haha.

sekian dari saya : HIDUP ROKES!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...